Khasiat Daun Ketapang
Pokok ketapang Adalah Sejenis Tumbuhan Yang Tak Asing Lagi Di Malaysia. Nama Botani Bagi Pokok Ketapang Ialah Millania Catappa. Daun Pokok Ketapang Mempunyai Khasiat Nye Yang Tersendiri Kerana Mengandungi Asid Humin Dan Tunnin Yang Boleh Menurunkan Nilai PD / Asid Dalam Air.. Daun Ketapang Adalah Ubat Terbaik Untuk Ikan Laga Bagi Menggantikan BlackWater. Daun Ketapang Juga DiGunakan Secara Meluas Oleh Penternak2 Ikan Laga Malah Ikan2 Hiasan Lain Pun Ada Yang Menggunakan Khasiat Daun Ini Sebagai Pembunuh Bakteria.
Antara khasiat daun ketapang untuk ikan laga ialah
- Mampu menurunkan nilai Ph/Asid dalam air yang beralkali
- Bertindak sebagai pembunuh bakteria yg boleh mendatangkan penyakit kepada ikan laga
- Merawat luka-luka pada ikan laga
- Mencegah ikan laga dari terkena penyakit
- Mengoptimum kesihatan ikan laga
- Merangsang pembentukan buih oleh ikan laga jantan ketika mengawan serta menggersangkan lagi ikan laga ketika mengawan
- Menyerap serta menyahtoksidkan bahan-bahan kimia yg terdapat dalam air seperti logam berat (tembaga,zink,aluminium,kadmium)
- Memastikan ikan laga sentiasa/kekal aktif dan sihat
- Mencegah fry/anak ikan baru dari terkena penyakit
- Ikan akan berasa seperti di habitat semulajadinya yang gelap
- Pertumbuhan ekor yg cantik serta memulihkan sirip,ekor dan kulit yg rosak
- Mengurangkan stres/murung ikan laga
- Keadaan air yg nyaman dan selesa untuk ikan laga
Perhatian:
Penggunaan berlebihan sehingga nilai Ph air tidak stabil boleh membahayakan nyawa ikan.